Bernama News Agency
Previous Next
Bernama News Agency

Agencies    Bernama News Agency


BERNAMA MREM

BERNAMA, agensi berita nasional Malaysia, adalah pembekal terkemuka bagi kandungan berita, maklumat dan gambar yang terkini untuk akhbar, stesen penyiaran, perkhidmatan berita kawat global dan Internet. Semua rangkaian media melanggan berita BERNAMA.

Pelanggan utama BERNAMA adalah akhbar-akhbar berbahasa Inggeris, Melayu, Mandarin dan Tamil di Malaysia dan Singapura serta stesen-stesen TV dan radio di negara-negara berkenaan.

Infrastruktur komunikasi yang canggih dan terkini membantu BERNAMA untuk memenuhi permintaan editor dari segi kecepatan, perkongsian maklumat, akses dan boleh dipercayai.

BERNAMA MREM ialah pengedar siaran akhbar profesional agensi ini.

Selama hampir 15 tahun, kerajaan dan syarikat multinasional bergantung kepada perkhidmatan pengedaran siaran akhbar elektronik MREM untuk memberi publisiti kepada produk dan usaha sama mereka di dalam dan luar negara.

Sekumpulan wartawan agensi ini menterjemah siaran-siaran akhbar untuk media tempatan.

Perhubungan Media dan Pengurusan Acara

address:
Wisma BERNAMA
No 28, Jalan 1/65A,
Off Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur,
Malaysia

telephone:
+60 (0)3 2694 1024

fax:
+60 (0)3 2694 1021
+60 (0)3 2694 1022
+60 (0)3 2694 1023

email:
mrem@bernama.com

website:
http://mrem.bernama.com
Latest Press Release
ORANG UTAN

ORANG UTAN
http://images.bernama.com/

KUCHING, Julai -- Anak orang utan yang diberi nama Changgau sedang menikmati makanan di Pusat Hidupan Liar Semenggoh, Matang, yang terletak kira-kira 25 kilometer dari sini.

Changgau yang berusia tiga tahun setengah akan dilepaskan ke hutan apabila berusia 10 hingga 12 tahun kelak.

Pusat Hidupan Liar Semenggoh yang dibuka sejak tahun 1975 mempunyai 30 ekor orang utan yang terdiri daripada pelbagai peringkat usia.
Orang utan atau nama saintifiknya Pongo pygmaeus hanya boleh dijumpai dalam hutan tropika di Kepulauan Borneo Malaysia (Sarawak dan Sabah) dan Kepulauan Borneo Indonesia (Kalimantan dan Utara Sumatera).


Jangka hayat orang utan di habitat liar mampu mencecah sehingga 45 tahun dan jika dipelihara di dalam pusat pemuliharaan ia mampu menjangkau sehingga usia 60 tahun.


Pusat ini menjadi popular apabila pusat berkenaan menjalankan Program Rehabilisasi Orang Utan dan telah berjaya melepaskan semula orang utan ke habitat asal mereka
.